Wednesday, October 9, 2013

Antalya, Istanbul, Turkey

Pegalaman Pertama Ke Negara Turki..... 
Mei 2013 
Bersama 
K
Excel
T
A
R


Wednesday, September 7, 2011

HARI KEBUDAYAAN JEPUN SBPI GOPENG Jumaat, September 11, 2009


Ashah Samah bersalaman dengan guru bahasa Jepun ( Fenty Sensei ) yang menghadiri Hari Kebudayaan Bahasa Jepun Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali ke-7 di Gopeng, Perak baru-baru ini


Doraemon - kucing robot dari masa depan - sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Watak ciptaan kartunis Fujiko F. Fujio ini adalah ikon budaya dan dilantik Duta Anime Jepun pada Mac tahun lalu. Perlantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha Jepun untuk memanfaatkan kuasa budaya pop dalam diplomasi. Doraemon dapat mendekatkat masyarakat dunia dengan budaya, gaya hidup dan cara berfikir rakyat negara matahari terbit itu. Inisiatif tersebut adalah lanjutan kepada Anugerah Manga Antarabangsa yang diadakan pada 2007. Anugerah itu umpama Hadiah Nobel untuk pelukis dari luar Jepun. Selain anime (kartun animasi), Jepun turut menggunakan elemen budaya pop yang lain seperti manga (buku komik gaya Jepun), drama, tarian, muzik dan lagu untuk mempromosi dan menarik masyarakat antarabangsa mengenali seni tradisi serta bahasa mereka. Pengaruh budaya pop amat besar sehingga beberapa kosa kata bahasa Jepun diguna secara meluas di peringkat global seperti sushi, tsunami dan karaoke. Menurut Penolong Ketua Jabatan Bahasa Jepun, Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Edward Lee, pendekatan itu lebih mudah meresap dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. "Pelajar yang minat anime lebih fasih berbahasa Jepun berbanding pelajar lain," katanya kepada Utusan Malaysia.

-- Tinjauan Pendapat ---

"HKJ menjadi platform pelajar mendalami budaya dan meningkatkan kemahiran berbahasa Jepun"

Nerawi Sitam
Guru Bahasa Jepun
Sekolah Menengah Sains Labuan (SMEXCEL)


"Program ini menjadi pembakar semangat untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya di Jepun"
Rozana Zaharuddin
Guru Bahasa Jepun
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)


"Peluang terbaik untuk pelajar berbicara, berlakon dan membuat persembahan dalam bahasa Jepun"
Mohd Nor shamsul Bahari Al-Amin
Guru Bahasa Jepun
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH)


"Aktiviti yang dijalankan berjaya mencungkil bakat dan kebolehan pelajar"
Normaya Mokhtar
Guru Bahasa Jepun
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA)


Oleh AZMY MOHAMED

** Sumber : Tutor-Utusan Malaysia